Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by nina syakina - - 0 comments



Salam ihya' Ramadhan. 
 Sekejapnya! pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan dah kita.
Diharapkan kita sentiasa panjang umur, murah rezeki,
kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin 


Seperti tahun-tahun lepas, Saidon's Family akan membuat kutipan berbentuk wang ringgit sebagai derma barang-barang dapur kepada orang-orang kampung yang kurang berkemampuan, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan susah yang memerlukan. 



Sehubungan itu, pada tahun ini pihak kami juga berhajat untuk mengadakan aktiviti ini sekali lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Di bawah adalah gambar-gambar kenangan aktiviti Sumbangan Tabung Ihya' Ramadhan ini dijalankan pada tahun lepas iaitu 2012.



Beras 10kg yang sedia untuk diedarkan.




Selain itu, kita juga akan membekalkan kepada setiap penduduk kampung dengan 2kg gula, 1kg minyak masak, 1kg tepung gandum,1paket teh/kopi, 10kg beras dan 1tupperware kurma.




Barang-barang kering ini disediakan untuk dihantar ke rumah-rumah penduduk kampung yang memerlukan.




Ibu tunggal.

Lihat betapa  bahagianya mereka bila mendapat sumbangan ini.



Golongan tua juga tidak dilupakan.






Sehubungan itu, kepada mereka yang berminat untuk menderma, boleh hubungi Puan Sadasiah Saidon di talian 019-5587432 atau hubungi saya di Facebook atau email saya di ninasyakina_unikl@yahoo.com untuk maklumat lanjut.  

derma seikhlas hati.^^ 

Sesungguhnya jika kita menderma hari ini, suatu hari nanti Allah akan mengandakan rezeki kita. 



Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...