Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum

Pak Long telah menyediakan sedikit panduan atau cerita tentang melaksanakan haji buat kita semua. Sila ke blog http://www.mekah-madinah.blogspot.com untuk membaca coretan Pak Long.

P/S: sambungan kisah raya haji akan di sambung dalam masa terdekat.

Wassalam
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum

7 Disember 2008
9 Zulhijjah 1429
Ahad

Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, rumah Hj Saidon yg terletak di Kampung Bendang Kering Latitude. 4.767°, Longitude. 100.967° sudah mula meriah dengan kepulangan anak-anak dan cucu-cucu Hj Saidon. Program untuk hari sebelum Hari Raya Aidiladha ialah mengemas rumah dan membuat persiapan sebelum hari penyembelihan. Berikut adalah serba sedikit gambar dan cerita pada hari Ahad iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Pagi-pagi lagi keluarga besar Haji Saidon telah pun bersedia untuk melakukan tugas masing. Antaranya ialah membakar lemang, masak rendang, tengok lembu yang akan disembelih, mengemas kawasan rumah dan sebagainya.

Mengambil kelapa


"survey" lembu yang bakal disembelih


Antara gambar sewaktu membakar lemang. Diketuai oleh Syidi sebagai pengganti Pak Long (chef lemang terkemuka) sebab Pak Long sekeluarga sampai lewat sedikit.


Sambil-sambil tunggu lemang boleh lah masak rendang sekali.
Ketua segala chef...Pak Tam

Desert yang disumbang oleh Mak Teh. 50sen tu main-main je. :p

Pada malam Hari Raya, kami sekeluarga sembahyang berjemaah dan tahlil serta bertakbir di malam raya.

Selesai solat dan tahlil, mesyuarat diadakan dikalangan cucu Hj Saidon. Tujuan mesyuarat adalah untuk memberitahu berkaitan Hari Raya pada esok hari serta berkaitan Family Outing yang akan datang.
Jadual tugasan pada Hari Raya Aidiladha.


Bersambung.........
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 1 comments

Assalamualaikum.

Yuran untuk setiap keluarga termasuk juga sepupu-sepupu yang sudah bekerja adalah RM100 setahun. Ini bagi memudahkan kita untuk menggunakan duit bila diperlukan sebagai contoh menganjurkan aktiviti atau membeli hadiah. Berkuatkuasa tahun 2009. Harap Maklum.

Ayat yg dipost oleh Kak Dilla :-
"dear family, as per discussion with maknyah, we have decided that yuran sekeluarga will be RM100 PER YEAR for each family including to cousins yang dah bekerja..tq."

Kerjasama semua ahli keluarga amat dihargai.
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum

Wakil dari Famili Hj Saidon ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Opah. Semoga Opah panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan bahagia bersama semua ahli keluarga. Semoga dirahmati Allah.

[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum...

Post berkaitan raya haji akan di upload selewat2nya pada hujung minggu hadapan...
Proses menulis post berkaitan Raya Haji itu memakan masa disebabkan terlampau banyak event2 atau perkara2 yg ingin di tulis...Penulis ingin memberikan yang terbaik kepada semua pembaca blog saidons ini...harap maklum...

Untuk melihat serba sedikit berkaitan korban sila ke http://www.majlis-korban.blogspot.com/

Wassalam
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 3 comments

Sabtu
29 November 2008
8.30malam

Sempena menyambut hari lahir Kak Dilla, Izaty, Fauzan dan Rafeeq serta ulang tahun perkahwinan Mak Teh dan Pak Teh serta menyambut kejayaan Iwani dan Amirul Ikmal yg mendapat keputusan yang baik dalam UPSR, keluarga Hj Saidon telah menganjurkan makan malam di Restoran Cerana, Cheras.

Sebelum bertolak ke lokasi yang hendak dituju, kami berkumpul di rumah Mak Yong.

Ucapan Presiden,"kita pergi makan ni sebab sambut birthday Izaty, Rafeeq dan Fauzan". Sebenarnya nak cakap birthday sendiri tapi cakap nama orang lain. :P

Masa untuk ke Restoran Cerana. JOM!

Sampai saja di Restoran Cerana, terus menuju ke tempat yang telah di'book'. Menu yang disediakan ialah:
  • Nasi Putih
  • Siakap Kukus
  • Kangkung masak belacan
  • Tomyam Campur
  • Ayam masak kicap
  • Udang goreng
  • Air jus Tembikai
  • Air jus Oren
  • Air jus Epal
  • Air Teh ais <- Opah punye :p
  • Buah-buahan
Bergambar didepan Restoran Cerana.

Sejarah tercipta. Bergambar di depan pam minyak Petronas. Ingat Petronas ingat Angah. hehe

Sebagai penutup post ini, disediakan klip video penyanyi terkemuka tanahair. Pak Nyah dan Rafeeq.





Untuk melihat gambar-gambar lain sila ke http://www.restoran-cerana.blogspot.com/
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Salam,

Kepada sesiapa yang ingin tengok gambar makan malam di retoran cerana sila ke laman ini.

http://www.restoran-cerana.blogspot.com/

Penulis blog Saidons akan update berkaitan makan malam di restoran Cerana InsyaAllah pada esok hari (1/12/2008). Antara yg menarik ialah video klip penyanyi popular zaman ini iaitu Pak Nyah dan Rafeeq. So, tunggu...................
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 3 comments

Bulan November memang ramai yang menyambut hari lahir. Orang yang ke5 sambut hari lahir dalam bulan ini ialah Rafeeq. Selamat Hari Lahir kepada Rafeeq.


And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.
-Abraham Lincoln-
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Tarikh: 25/11/2008
Venue sunat: Klinik Dr Sabariah, Kuala Kangsar
Venue dlm pic: Rumah acik, Bukit Chandan
Angka giliran bersunat: 7

*gambar yg mcm batang tue (colour hijau) ialah tmpt pengikat kaki emi supaya tak lasak bila tidur -handmade by acik
*remote control car sebelsh emi (yellow colour) - mak cik kasi sebagai hadiah sunat (before sunat dah bagi, tapi emi boleh buka balutan hadiah tu on sunat day)

Sumber : Amirah
Gambar : Ijan

P/S: bertambahlah pemuda dalam keluarga ini. :)
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 1 comments

Siapakah cucu Saidon pertama yang belajar dalam bidang perubatan???

Siapa lagi kalau bukan Nur Aqeeda Izaty. Kak Dilla ada beritahu yang sekarang Izaty sedang exam. So, selamat menjalani exam. Good Luck and All The Best in your exam.

Sama-sama kita doakan semoga semua cucu-cucu Hj Saidon dan Opah berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Wakil dari pihak Famili Hj Saidon ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Fauzan. Semoga berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Chaiyok! Chaiyok!
Hope Fauzan dapat 12A1 macam yang Fauzan mahukan. Amin.

Macho woo...
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Today is a big day for Nur Adilla Bt Abd Rahaman because today is her BIRTHDAY.


Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Kak Dilla...
Selamat Hari Jadi...

Semoga Kak Dilla panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga segala impian yang dihajati tercapai...Amin.

Anyway, Birthday Izaty pada 9 November 2008. HAPPY BELATED BIRTHDAY IZATY !
Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Izaty...
Happy Birthday to you...
[ Read More ]

Posted by Mr.Hikano - - 1 comments

Sabtu
15 November 2008
2.55 pm

Angah, Kak Husna, Asyraf dan Efi telah bertolak ke Port Dickson. Kami menuju ke Desa Lagoon Resort yang terletak 5 darjah ke Utara, 101 darjah ke Timur dan 7.3meter dari aras laut. Kami tiba pada pukul 4.45pm (lambat sampai sebab pergi makan di R&R dan sembahyang di Petronas Seremban). Antara gambar yang sempat di rakam oleh jurufoto kami iaitu Asyraf.

Peta kawasan resort.

Pintu depan lobi resort.

Di dalam kawasan lobi.

Angah dan Kak Husna.

Kata jurufoto a.k.a Asyraf "Asyraf nak ambil gambar rumah belakang tu bukan gambar Angah dengan Kak Husna la..."

Persekitaran yang menarik.

Resort yang bakal kita sekeluarga menginap. 2 buah resort.

Kesian Asyraf, gambar dia sikit je. Maklum la cameraman.

Survey ke kawasan pantai.

Kawasan bola tampar pantai.

Mendamaikan.


Itu saja lah serba sedikit gambar yang sempat di rakam. Pada Raya Haji yang akan datang ini, setiap keluarga akan diberikan proposal dan serba sedikit info berkaitan "family day" ini. Berdasarkan kiraan kasar kami, jumlah duit yang perlu dibelanjakan untuk menjayakan family day ini hanyalah kurang rm250 untuk sefamily. Termasuklah penginapan 2malam + aktiviti + makanan + hadiah. Tidak termasuk kos minyak petrol. : p . Kalo dikira pun sekali dgn petrol, tak sampai rm350. So it is very affordable for all family.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut berkaitan family day ini, kita akan adakan taklimat pada Hari Raya Aidiladha nanti. Sampai sini saja.

Wassalam
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...