Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by AshRuff - - 0 comments

Family Day Hj. Saidon...2 hari lagi!!!

     Tinggal 2 hari saja lagi kita akan berkumpul beramai-ramai di Desa Lagoon Resort, Port Dickson. Sudah tidak sabar rasanya semua ahli keluarga untuk sama-sama beriadah dan berehat sambil menikmati udara segar di tepi swimming pool. Pihak AJK hari keluarga telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik sepenjang 3 hari 2 malam kita berkumpul di sana...
 
Semua ahli keluarga Hj Saidon adalah dijemput hadir.
Keluarga Mak Yong, Mak Nyah, Mak Yang, Acik, Mak Teh, Mak Tam dan Acu.

      Pihak AJK telah menyediakan 4 unit apartment yang mengandungi 9 buah bilik tidur. Setiap apartment tersebut mempunyai 1 ruang tamu, 1 dapur dan 2 tandas. Semua apartment adalah berhadapan dengan swimming pool dan bersebelahan antara satu sama lain. Anytime boleh terjun swimming pool...best...

Layari www.resdesa.com untuk maklumat dan gambaran lebih lanjut.

Semua ahli keluarga diwajibkan membawa baju merah family saidon...jangan lupa ya...
     Walau bagaimana pun, apa yang paling penting adalah keselamatan setiap ahli keluarga semasa memandu; ada yang datang dari Kuale, Penang, Terengganu dan juga sekitar Lembah Kelang. Sila pandu dengan cermat. InsyaAllah, mudah-mudahan family day kita kali ini akan berjalan dalam suasana yang meriah dan selamat.

AJK juga telah menyediakan makanan seperti berikut termasuk:-
 
  • 2 x sarapan pagi (Sabtu & Ahad)
  • 1 x makan tengah hari (Sabtu)
  • 2 x makan malam (Jumaat & Sabtu)
Setiap keluarga adalah digalakkan untuk membawa kudap-kudapan dan makanan ringan seperti kacang, biskut, air kotak, air mineral dan sebagainya.


Aktiviti Program:-
Jumaat (14 Mei 2010)
1400 – 2100 : Check – in dan pendaftaran. Pembahagian kunci bilik dan apartment.
2100           : Makan malam disediakan (nasi goreng telur mata)...digalakkan membawa makanan tambahan dari rumah..

Sabtu (15 May 2010)
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut)
0930 – 1100 : Sukaneka....pelbagai aktiviti menarik disediakan.. semua ahli keluarga akan dibahagikan mengikut kumpulan....hadiah-hadiah menarik menunggu semua!
1100 – 1300 : Aktiviti bebas
1300 – 1500 : Rehat, solat Zohor dan makan tengah hari
1500 – 1800 : Sukaneka
1800 – 2000 : Rehat dan solat maghrib
2000 – 2200 : BBQ dan Penyampaian hadiah sukaneka.
2200           : Rehat

Ahad (16 May 2010)
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut)
0930 – 1100 : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski)
1200           : Check out – pulang


     Pada kali ini, semua ahli keluarga digalakkan membawa toto, bantal, air mineral, makanan ringan dan swimming suit...

Cadangan barangan untuk dibawa:-
    * Tikar
    * Toto/selimut
    * Bantal
    * Makanan ringan (biskut, keropok etc.)
    * Air mineral
    * Apa-apa yang difikirkan perlu.


Pertanyaan:-


Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Dilla (Pengarah) – 019-246 3779
Angah (Setiausaha) – 019-577 2031
Efi (Penginapan) – 012-394 5825
Asyraf (Event recorder) – 0147312305
Ijan (Bendahari) – 012-584 5400

     Diharapkan kepada semua ahli keluarga Hj Saidon agar dapat datang ke ‘family outing’ kita pada kali ini. Sila block jadual ketat anda agar semua dapat berkumpul dan beriadah bersama.


 Peta ke Residence Desa Lagoon, PD


Sepakat membawa berkat. Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...