Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 1 comments

‘FAMILY OUTING’ HARI KELUARGA HAJI SAIDON
RESIDENCE DESA LAGOON RESORT, PORT DICKSON
14 – 16 MEI 2010


Pendahuluan


Kini tibalah masanya untuk seluruh ahli keluarga Hj Saidon berkumpul dan beriadah bersama-sama. Kali terakhir kita semua melakukan family outing (FO) adalah pada tahun lepas di Port Dickson. Setelah setahun, kita semua akan mengembalikan kembali nostalgia itu dengan mengadakan FO pada tahun ini. 

Port Dickson sekali lagi akan menjadi lokasi FO kita dan Residence Desa Lagoon Resort (RDLR), Tanjung Tuan akan menjadi lokasi pilihan kita pada kali ini. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan seluruh keluarga Hj Saidon. Jangan risau, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan oleh pihak penganjur. Percutian ini pasti menjadi nostalgia indah buat kita semua.

Ingat....Jumpa di sana!

Nama Program:-
Family Outing : Hari Keluarga Haji Saidon 2010

Tarikh:-
14 – 16 May 2010 (3 Hari, 2 Malam)
Jumaat – Ahad

Tempat:-
Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Objektif:-
Tujuan kita mengadakan ‘family outing’ ini adalah:-
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara semua ahli keluarga Hj Saidon
  • Beriadah dan berehat sesama keluarga
Penyertaan:-
Semua ahli keluarga Hj Saidon adalah dijemput hadir.
Family Mak Yong, Mak Nyah, Mak Yang, Acik, Mak Teh, Mak Tam dan Acu.

Penginapan:-

Pihak penganjur telah menyediakan 4 unit apartment yang mengandungi 9 buah bilik tidur (1 keluara, 1 bilik tidur). Setiap apartment tersebut mempunyai 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 tandas. Semua apartment adalah berhadapan dengan swimming pool dan bersebelahan antara satu sama lain. Anytime boleh terjun swimming pool.

Layari www.resdesa.com untuk maklumat dan gambaran lebih lanjut.

Makanan:-
Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Ini termasuk:-
2 x sarapan pagi (Sabtu & Ahad)
1 x makan tengah hari (Sabtu)
2 x makan malam (Jumaat & Sabtu)

Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Setiap keluarga adalah digalakkan untuk membawa kudap-kudapan dan makanan ringan seperti kacang, biskut, air kotak dan sebagainya. Walaupun terdapat kemudahan dapur, tapi kita tak boleh masak di dalam apartment tersebut.

Aktiviti Program:-

Jumaat (14 Mei 2010)
1400 – 2100 : Check – in dan pendaftaran. Pembahagian kunci bilik dan apartment.
2100 : Makan malam

Sabtu (15 May 2010)
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut)
0930 – 1100 : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski)
1100 – 1300 : Aktiviti bebas
1300 – 1500 : Rehat, solat Zohor dan makan tengah hari
1500 – 1800 : Sukaneka
1800 – 2000 : Rehat dan solat maghrib
2000 – 2200 : BBQ dan Penyampaian hadiah sukaneka.
2200 : Rehat

Ahad (16 May 2010)
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut)
0930 – 1100 : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski)
1200 : Check out – pulang

Bayaran:-

Penginapan:
3 unit apartment (2 bilik) x 2 malam x RM 100 = RM 600
(Harga asal: RM380 per night per unit)
1 unit apartment (3 bilik) x 2 malam x RM 150 = RM 300
(Harga asal: RM 440 per night per unit)
JUMLAH = RM 900

Makanan:
2 sarapan pagi x RM 2 x 45 pax = RM 180
1 makan tengah hari x RM 6 x 45 pax = RM 270
1 makan malam (BBQ) x RM 100 (lump sum) = RM 100
1 makan malam x RM 2 x 45 pax = RM90
JUMLAH = RM 640

Grand Total = RM 1,540 (dibahagi 40 pax)
~ RM 38.50 per person
(duit baki boleh digunakan untuk aktiviti akan datang)

Pertanyaan:-
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Acu (Penasihat) – 013-398 1266
Dilla (Pengarah) – 019-246 3779
Angah (Setiausaha) – 019-577 2031
Efi (Penginapan) – 012-394 5825
Ashraf (Event recorder) – 0147312305
Ijan (Bendahari) – 012-584 5400

Cadangan barangan untuk dibawa:-
  • Tikar
  • Toto/selimut
  • Bantal
  • Makanan ringan (biskut, keropok etc.)
  • Air mineral
  • Apa-apa yang difikirkan perlu.
Senarai Ahlijawatankuasa:-

Penasihat:
Mazlan Bin Saidon

Pengarah:
Dilla

Setiausaha:
Angah

AJK Aktiviti:

Ijan/Along/Dilla


AJK Makanan:
Angah & Kak Husna

AJK Penginapan:

Hanafi/Angah

AJK Hadiah:
Izati/Nina/Intan

AJK Keselamatan:
Fauzan

AJK BBQ:
Iqwan/Nurul

AJK Tugas2 Khas:

Iwani/Aqilah/Shida

AJK Fotografi:

Asyraf/Shidi/Rafeeq

Penutup:-


Diharapkan kepada semua ahli keluarga Hj Saidon agar dapat datang ke ‘family outing’ kita pada kali ini. Sila block jadual ketat anda agar semua dapat berkumpul dan beriadah bersama. Dengan hanya RM 38.50 seorang, anda dapat menikmati suatu percutian keluarga yang sangat bermakna selama 3 hari, 2 malam (termasuk makan dan aktiviti).

Dialu-alukan juga kepada mana-mana ahli keluarga yang ingin memberi sumbangan berbentuk wang ringgit agar dapat memeriahkan lagi ‘family outing’ kita pada kali ini.

Sila layari www.saidons.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut.

Sepakat membawa berkat. Sekian, terima kasih.

One Response so far.

  1. PakLong says:

    Paklong ucapkan tahniah kepada urusetia yang menganjurkan Hari Keluarga Saidon Ke-2 di Port Dickson pada bulan Mei. Paklong sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan kepada famili Saidon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...