Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum

Saya, Hanafi sebagai penulis blog Saidons ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Keluarga Hj Saidon dan juga kepada semua pembaca blog ini tak kira dimana anda berada. Disini saya sediakan sedikit tips dan ingatan bersama sebagai persediaan untuk pulang ke kampung halaman.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya:-

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum menukar lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika anda teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
credit : www.geartinggi.com

TIPS keselamatan rumah ketika pulang ke kampung berhari raya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
  1. Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
  2. Selain itu, bagi mereka yang membuat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.
  3. Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran kalau ada kebakaran mereka boleh memaklumkan kepada pihak bomba secepat mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...