Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum pada semua...


Cuma tinggal lagi 1 hari sahaja lagi kita semua Family Hj Saidon akan berkumpul di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson. Sudah pasti semua akan teruja untuk datang dan menyertai sukaneka yang disediakan. Kebelakangan ini, pihak penganjur begitu sibuk bertungkus lumus memastikan program ini akan berjalan dengan jayanya.

Juga diucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudah membuat bayaran kepada Dilla dan Hanafi. Bagi yang belum, anda boleh berbuat demikian di PD nanti.

Berikut adalah beberapa pengumuman terakhir kepada semua ahli keluarga. Terdapat perubahan jadual aktiviti dan setiap keluarga diminta membawa peralatan tertentu yang akan disenaraikan di bawah.

Peralatan khas:

Berikut adalah beberapa peralatan khas yang perlu dibawa oleh family berikut:

Mak Yong – water dispenser + pinggan plastic (dilla confimed)
Mak Nyah – rice cooker + beras (confirmed)
Mak Yang – cordial untuk buat air minum (oren@sirap@sarsi)
Mak Teh – jag plastic


Aktiviti Program:

Jumaat (6 Mac 2009)
3 ptg – 8 mlm : Check – in dan pendaftaran Pembahagian kunci bilik dan apartment

*Makan malam akan dibawa dari kuala. Walaubagaimana pun semua keluarga digalakkan membawa makanan dan lauk untuk makan malam bersama. Sharing is caring...

Sabtu (7 Mac 2009)
8 pg – 9.30 pg : Sarapan pagi (tepi laut)
9.30 pg – 12.00 tgh : Sukaneka dan permainan
12.30 tgh – 3.30 ptg : Makan tengah hari, Solat Zohor & Rehat
4.00 ptg – 6.00 ptg : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski)
6 ptg – 8 mlm : Rehat dan solat maghrib
8 mlm – 10 mlm : BBQ dan Penyampaian hadiah sukaneka
10mlm : Rehat

Ahad (8 Mac 2009)
8 pg – 9.30 pg : Sarapan pagi (tepi laut)
9.30 pg – 11.00 pg : Mandi laut / swimming pool (banana split /jet ski)
11.30 pg : Check out – pulang

Makanan:

Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Ini termasuk:

2 x sarapan pagi (Sabtu & Ahad)
1 x makan tengah hari (Sabtu)
1 x makan malam (BBQ – Sabtu)

Setiap keluarga adalah digalakkan untuk membawa kudap-kudapan dan makanan ringan seperti kacang, maruku, biskut, air mineral, air kotak dan sebagainya.

Setiap keluarga diminta membawa barangan seperti berikut:

- Tikar
- Toto/selimut
- Bantal
- Makanan ringan (biskut, keropok, maruku, megi etc.)
- Air mineral / air kotak
- Apa-apa yang difikirkan perlu.

Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Dilla (Pengarah) – 019-246 3779
Angah (Setiausaha) – 019-577 2031
Efi (Penginapan) – 012-394 5825

Penutup:

OK...terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua...jumpe esok di PD ye..

Disediakan oleh : Angah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...