Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

‘FAMILY OUTING’ HARI KELUARGA HAJI SAIDON
RESIDENCE DESA LAGOON RESORT, PORT DICKSON 6 – 8 MAC 2009

Pendahuluan

Tinggal lagi 3 minggu lagi kita akan mengadakan Hari Keluarga Hj Saidon. Kini tibalah masanya untuk seluruh ahli keluarga Hj Saidon berkumpul dan beriadah bersama-sama. Kali terakhir kita semua melakukan family outing (FO) adalah pada tahun 1998 di Port Dickson. Masih teringat kembali suasana kanak-kanak riang seperti yang terdapat dalam laman web www.saidons.blogspot.com, bergembira mandi manda dan berbabeque di dalam hotel. Setelah 10 tahun, kita semua akan mengembalikan kembali nostalgia itu dengan mengadakan FO pada 2009.

Port Dickson sekali lagi akan menjadi lokasi FO kita dan Residence Desa Lagoon Resort (RDLR), Tanjung Tuan akan menjadi lokasi pilihan kita pada kali ini. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan seluruh keluarga Hj Saidon. Jangan risau, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan oleh pihak penganjur. Percutian ini pasti menjadi nostalgia indah buat kita semua.

Pihak penganjur juga telah menyediakan kemeja-T khas kepada semua ahli keluarga Hj Saidon bersempena Hari Keluarga kali ini. Ingat....Jumpa di sana!!

Nama Program:
Family Outing : Hari Keluarga Haji Saidon 2009

Tarikh:
6 - 8 Mac 2009 (3 Hari, 2 Malam) Jumaat – Ahad
*9 Mac 2009 (Isnin) adalah hari cuti Maulidur Rasul

Tempat:
Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Objektif:
Tujuan kita mengadakan ‘family outing’ ini adalah:
Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara semua ahli keluarga Hj Saidon
Beriadah dan berehat sesama keluarga
Mengembalikan nostalgia 10 tahun lepas ‘family outing’ keluarga Hj Saidon

Penyertaan:
Semua ahli keluarga Hj Saidon adalah dijemput hadir. Family Mak Yong, Mak Nyah, Mak Yang, Acik, Mak Teh, Mak Tam dan Acu.

Penginapan:
Pihak penganjur telah menyediakan 3 unit apartment yang mengandungi 8 buah bilik tidur (1 keluara, 1 bilik tidur). Setiap apartment tersebut mempunyai 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 tandas.

Semua apartment adalah berhadapan dengan swimming pool dan bersebelahan antara satu sama lain. Anytime boleh terjun swimming pool.
Apartment# 100 – 3 bilik
Apartment# 101 – 2 bilik
Apartment#102 – 3 bilik

Layari www.resdesa.com untuk maklumat lebih lanjut.

Makanan:
Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Ini termasuk:-
2 x sarapan pagi (Sabtu & Ahad) ·1 x makan tengah hari (Sabtu) ·
1 x makan malam (BBQ – Sabtu) .Setiap keluarga adalah digalakkan untuk membawa kudap-kudapan dan makanan ringan seperti kacang, biskut, air kotak dan sebagainya. Walaupun terdapat kemudahan dapur, tapi kita tak boleh masak di dalam apartment tersebut.

Aktiviti Program:

Jumaat (6 Mac 2009) ·
1400 – 2100 : Check – in dan pendaftaran Pembahagian kunci bilik dan apartment.

Sabtu (7 Mac 2009) ·
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut) ·
0930 – 1100 : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski) ·
1100 – 1300 : Aktiviti bebas ·
1300 – 1500 : Rehat, solat Zohor dan makan tengah hari ·
1500 – 1800 : Sukaneka ·
1800 – 2000 : Rehat dan solat maghrib ·
2000 – 2200 : BBQ Penyampaian hadiah sukaneka ·
2200 : Rehat

Ahad (8 Mac 2009) ·
0800 – 0930 : Sarapan pagi (tepi laut) ·
0930 – 1100 : Mandi laut / swimming pool (banana split/jet ski) · 1
200 : Check out – pulang

Bayaran:

Penginapan:
2 unit apartment (3 bilik) x 2 malam x RM 150 = RM 600 (Harga asal: RM440 per night per unit) .
1 unit apartment (2 bilik) x 2 malam x RM 120 = RM 240 (Harga asal: RM 380 per night per unit)
JUMLAH = RM 840
Makanan:
2 sarapan pagi x RM 2 x 45 pax = RM 180 ·
1 makan tengah hari x RM 6 x 45 pax = RM 270 ·
1 makan malam (BBQ) x RM 100 (lump sum) = RM 100 ·
1 makan malam x RM 2 x 45 pax = 90
JUMLAH = RM 640

Grand Total = RM 1,480 (dibahagi 8 keluarga)

Sumbangan setiap keluarga ~ RM 200.00 x 8 Family ~ RM 2,000.00 (duit baki boleh digunakan untuk aktiviti akan datang)

Pertanyaan: Sebarang pertanyaan sila hubungi: -
Acu (Penasihat) – 013-398 1266
Dilla (Pengarah) – 019-246 3779
Angah (Setiausaha) – 019-577 2031
Efi (Penginapan) – 012-394 5825
Ashraf (Event recorder) – 016-235 9095
Ijan (Bendahari) – 012-584 5400

Cadangan barangan untuk dibawa:
Tikar
Toto/selimut
Bantal
Makanan ringan (biskut, keropok etc.)
Air mineral
Apa-apa yang difikirkan perlu.

Senarai Ahlijawatankuasa:
Penasihat: Mazlan Bin Saidon
Pengarah: Dilla
Setiausaha: Angah
AJK Aktiviti: Ijan/Along/Dilla
AJK Makanan: Angah & Kak Husna
AJK Penginapan: Hanafi/Angah
AJK Hadiah: Izati/Nina/Intan
AJK Keselamatan: Fauzan
AJK BBQ: Iqwan/Nurul
AJK Tugas2 Khas: Iwani/Aqilah/Shida
AJK Fotografi: Asyraf/Shidi/Rafeeq

Penutup:
Diharapkan kepada semua ahli keluarga Hj Saidon agar dapat datang ke ‘family outing’ kita pada kali ini. Sila block jadual ketat anda agar semua dapat berkumpul dan beriadah bersama. Dengan hanya RM 200.00, anda dapat menikmati suatu percutian keluarga yang sangat bermakna selama 3 hari, 2 malam (termasuk makan dan aktiviti).

Dialu-alukan juga kepada mana-mana ahli keluarga yang ingin memberi sumbangan berbentuk wang ringgit agar dapat memeriahkan lagi ‘family outing’ kita pada kali ini.

Sila layari www.saidons.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut. Sepakat membawa berkat. Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...