Selamat Datang

T-shirt Saidon 2012

Salasilah Keluarga 2012

Facebook Group

Contacts

Posted by Mr.Hikano - - 0 comments

Assalamualaikum

8 Disember 2008
10 Zulhijjah 1429
Isnin

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Hari Raya Aidiladha menjelma. Kesemua ahli keluarga bangun awal pagi untuk bersiap-siap merayakan hari kebesaran umat Islam ini. Seperti biasa, pagi raya sudah semestinya umat Islam pergi menunaikan Solat Sunat Aildiladha. Antara gambar yang sempat dirakam sebelum sembahyang.


Setelah selesai sembahyang dan mendengar khutbah Aidiladha, singgah sebentar dirumah (kampung) Pak Nyah untuk pekena bihun sup, "baik punyeee" :p . Kenyang tu kenyang juga, kerja yang sebenarnya belum lagi bermula. Kami berjalan pulang untuk menyalin pakaian yang sesuai untuk menjalankan ibadah korban. Tema kami HITAM, bukan sebab berkabung tapi sebab baju hitam tak la nampak kalau kotor. Hitam itu menawan. :p Keluarga Haji Saidon telah bersepakat untuk membeli seekor lembu untuk dijadikan korban. Antara gambar yang sempat di rakam dari lensa-lensa kamera keluarga Hj Saidon.
Setelah selesai kerja-kerja penyembelihan, Kami sekeluarga balik ke rumah dengan membawa 1/3 dari jumlah daging lembu yang dikorbankan. Daging-daging ini akan digunakan untuk masakan untuk kenduri pada hari esoknya.

Berikut adalah gambar-gambar gotong-royong memotong daging.


Disebelah petangnya pula, cucu-cucu Hj.Saidon beriadah dengan bermain bola sepak dan juga badminton.
Sekian saja.

Akan bersambung pada part yang ketiga nanti.

Tunggu.........................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...